VIDEO: Shea Tidak Anggap Bobo Burukkan Lagu ‘Sayang’
PUTRAJAYA – Penyanyi dari Indonesia, Shea tidak menganggap video parodi lagu popularnya iaitu Sayang yang dilakonkan oleh individu bernama Bobo dan tersebar melalui YouTube tidak memburukkan lagu tersebut.Malah Shea, atau nama sebanar Sheryl Gething, 19, berkata, dia turut terhibur dengan gelagat Bobo yang secara tidak langsung mempopularkan lagu berkenaan di negara ini.
“Saya tidak marah kerana bagi saya dia buat parodi itu hanya untuk hiburan sahaja, ia tidak memburukkan lagu itu.
Shea yang digandingkan bersama Bobo ketika persembahan di Anugerah Blockbuster 2, Sabtu lalu menganggap kerjasama itu adalah pengalaman manis buatnya.
“Dia sangat kelakar dan buat saya lebih terhibur ketika mengadakan persembahan,” ujarnya.
Sementara itu, bercerita tentang kerjayanya di Malaysia, Shea berkata, dia menggunakan peluang dan tawaran yang diterimanya untuk mengembangkan bakat seni di negara ini.
“Saya ada berlakon beberapa telefilem untuk Astro namun masih lagi rahsia tajuknya.
“Saya akan terus mengambil peluang dan tawaran yang datang jika diterima masyarakat di sini,” ujarnya.
Sementara itu, Shea yang melancarkan album pertamanya di Malaysia turut menampilkan lapan buah lagu termasuk Sayang.
Manakala, single kedua yang bakal dimainkan di radio adalah Cintaku Tlah Mati Untukmu. – mStar

“Malah saya rasa parodi tersebut diterima oleh masyarakat. Saya gembira kerana dia pilih lagu saya,” katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran album pertamanya iaitu Shae The First, di sini, Isnin.
Shea yang digandingkan bersama Bobo ketika persembahan di Anugerah Blockbuster 2, Sabtu lalu menganggap kerjasama itu adalah pengalaman manis buatnya.
“Dia sangat kelakar dan buat saya lebih terhibur ketika mengadakan persembahan,” ujarnya.
Sementara itu, bercerita tentang kerjayanya di Malaysia, Shea berkata, dia menggunakan peluang dan tawaran yang diterimanya untuk mengembangkan bakat seni di negara ini.
“Saya ada berlakon beberapa telefilem untuk Astro namun masih lagi rahsia tajuknya.
“Saya akan terus mengambil peluang dan tawaran yang datang jika diterima masyarakat di sini,” ujarnya.
Sementara itu, Shea yang melancarkan album pertamanya di Malaysia turut menampilkan lapan buah lagu termasuk Sayang.
Manakala, single kedua yang bakal dimainkan di radio adalah Cintaku Tlah Mati Untukmu. – mStar
- See more at: http://www.suarapeople.com/2013/06/video-shea-tidak-anggap-bobo-burukkan-lagu-sayang/#sthash.7DQXAO6P.dpuf
Tidak ada komentar:
Posting Komentar