Halaman

Jumat, 02 Agustus 2013

Kejam : Bayi Berulat Ditemui Dalam Tong Sampah

Jahanam Punya Manusia! Bayi BERULAT Ditemui Dalam Tong
GEORGETOWN - Begitu menyayat hati melihat keadaan mayat bayi sudah berulat ditemui di dalam tong sampah dibuang di sini semalam, umpama barang yang tidak ada harga langsung.

Penemuan mayat itu berjaya merungkai misteri bau busuk sejak seminggu lalu dari sebuah tong sampah di hadapan sebuah rumah di pangsapuri Jalan Lintang Madrasah, Jelutong Park.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, mayat bayi yang belum diketahui jantina itu ditemui seorang penduduk yang tidak tahan dengan bau busuk sejak Selasa lalu.

Beliau berkata, keterangan awal pengadu iaitu seorang lelaki yang menyewa di sebuah rumah di situ terhidu bau busuk sejak 4 Jun lalu namun tidak ambil peduli kerana menyangka bangkai haiwan
“Tetapi teman wanitanya yang datang ke rumahnya semalam (kelmarin) berasa tidak selesa lalu cuba mengesan punca bau itu. Apabila memeriksa tong sampah di luar rumah, mereka menemui mayat bayi sudah berulat yang dibungkus dengan plastik hitam,” katanya kepada media semalam.

Menurutnya, terkejut dengan penemuan itu, mereka kemudian menghubungi pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.

“Siasatan awal mendapati, rumah yang disewa pengadu turut disewa seorang lelaki lain selain dua wanita lain. Bagaimanapun, dua wanita itu meninggalkan rumah berkenaan sejak 4 Jun lalu tanpa diketahui alasannya.

“Kita akan siasat sama ada dua wanita itu terlibat dengan kes ini. Mayat bayi dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) pada jam 9 pagi semalam untuk bedah siasat,” katanya.

Mazlan berkata, sehingga kini polis tidak melakukan sebarang tangkapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun jika disabitkan kesalahan

sumber


Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...