Halaman

Senin, 17 Juni 2013

Remy Enggan Tiru Rakan Artis Buka Perniagaan

Remy Enggan Tiru Rakan Artis Buka Perniagaan

PETALING JAYA – Langkah artis-artis tempatan yang giat membuka perniagaan sebagai aset untuk masa depan tidak mendorong pelakon Remy Ishak untuk mengikut jejak itu.

Sebaliknya Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 31, berkata, dia yakin karier lakonan yang dipilihnya mampu menjana pendapatan untuk masa depannya.

“Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing. Tetapi saya lebih percaya kerja lakonan adalah rezeki saya dan Insya-Allah ia boleh menjana pendapatan untuk kehidupan saya.

“Jika individu itu telah meletakkan tempoh masa selama lima tahun sahaja mahu berada dalam industri ini, maka lima tahun sahajalah dia berada di bidang ini.

“Walaupun ada yang kurang yakin dengan kerja seni yang mereka buat, tetapi saya pula percaya, selagi ada hayat, saya akan jadikan kerja lakonan sebagai punca pendapatan untuk periuk nasi saya,” katanya.

Tambah Remy, dia juga mahu namanya pada satu hari nanti akan menjadi legenda seperti Seniman Tan Sri P.Ramlee di mana masyarakat tetap akan mengingatinya selepas meninggal dunia.
Dalam pada itu, Remy berkata, teman-teman artis juga sering menasihatinya agar melakukan apa-apa perniagaan yang bersesuaian sebagai persiapan seandainya dia tidak lagi popular suatu hari nanti.

“Seperti yang saya katakan, selagi kita ada fokus dan hala tuju dalam satu-satu perkara yang dilakukan, Insya-Allah kita akan menuju ke landasan yang betul.

“Apabila ada misi, barulah kita boleh berjaya. Ramai juga yang menasihatkan saya untuk buka perniagaan. Tetapi apabila difikirkan ada baik dan buruknya, biarlah usaha saya hanya fokus dalam bidang ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Remy kini sibuk dengan penggambaran drama berjudul Ku Cinta Kau Seorang bagi slot Lestari di TV3 selain akan memulakan penggambaran filemCEO terbitan ARAfilm pada 15 Jun ini. – mStar Online


Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...